Novel : Pewaris Bab4






“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 4 – Tempoh perkenalan???

“Tahniah Zall…” Azalea tersenyum girang, seluruh keluarga mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapatkan kontrak dari kerajaan yang mampu menyelamatkan Hotel Mariam dari jatuh Bangkrap. “Tahniah sayang, abang bangga kertas projek sayang diterima” Hakim Faiz datang mengucapkan tahniah dengan nada yang agak menjauh, hatinya mula rasa Azalea semakin jauh darinya seolah-olah Azalea yang dia kenal sekarang bukan azalea yang dulu. 

Azalea yang dulu seorang yang ceria, gembira, selalu tersenyum dan selalu khabarkan berita gembira kepada dia dahulu. Tetapi apa yang dia dapat lihat sekarang hanya Azalea yang gila bekerja, tegas, senyum hanya bila perlu dan berita gembira macam ni datangnya dari mulut seorang ‘bellboy’ yang dijumpai semasa melalui pintu utama hotel.
“Terima kasih abang, kalau tak kerana jasa dan kerjasama dari abang dan yang lain kita tak mungkin akan menang tender tu”, Azalea cuba memujuk hati Hakim Faiz apabila mulai perasan perubahan pada mimik muka Hakim faiz yang tampak berubah semasa dia mula memasuki bilik tersebut.

------
“Apa yang awak lakukan ni”, “Maafkan saya itu tindakan reflect saya kalau saya rasa terancam”, Waiz Nampak terkejut dengan tindakan Aina dan mula rasa yang perempuan ni agak menarik dan mereka tergelak tika saat itu. 

“terancam…?? Awak ni lahkan. Tapi maafkan saya sebab buat macam tu tadi dan saya janji perkara tadi tidak akan berlaku lagi, can you give us a shot for once”, Waiz cuba untuk memenangi hati Aina semula dan belum sempat Aina membalas secara tiba tiba.

“ Pokpo hae…pokpo hae”, Pekerja lain mula menyuruh mereka untuk bercium dan disebabkan untuk tidak menghampakan Waiz akmal Pergi ke pasu bunga yang berdekatan dan memetik sekuntum bunga, manakala Aina dan yang lain kehairanan dengan tindakan Waiz. 

“Sudikah awak untuk menjadi kekasih hati saya” Waiz melamar Aina sebagai pasangan kekasih sambil melutut. Aina keliru dan serba salah dengan apa yang berlaku tapi tanpa disedari hati Aina mula jadi cair dan terus mengangguk tanda setuju.
---------------------
“Aina shii did you really fall in love with our manager oppa, because you know that he really have a bad experience with love so I hope you were not toying him” Ji Soo seolah cuba memberi amaran supaya Aina tidak mempermainkan Waiz , Aina kehairanan kerana dia yang sepatutnya merasa begitu kerana dia yang dilamar bukannya dia yang melamar dan dia mula merasa dirinya dipertikaikan.

“Maafkan saya Ji Soo, kenapa tiba-tiba awak berubah seolah awak tak suka saya dan waiz bersama” Ji Soo kebingungan dan merasakan yang Aina sedang marah kerana Aina bernada agak tinggi dan menggunakan bahasa melayu. “ I’m sorry just forget it” Aina sudah kehabisan kata – kata untuk membela diri tapi dia sendiri meragui dirinya kerana terlalu cepat menerima cinta waiz adakah benar apa yang berlaku tadi, dia sendiri masih lagi tertanya – tanya dan rasa dirinya terkapai-kapai di awangan.

“Mianhae chingooya, just that I don’t even know myself that…. do I love oppa or what..even myself is also confused” Aina menggenggam rambutnya dan mengeluh. Ji Soo merasakan Aina sendiri masih dalam kebingungan dan telah memeluk Aina dan cuba menenangkan dia yang mula termenung.
Waiz Akmal yang sedari tadi telah mencuri dengar perbualan Aina dan Ji Soo cuba mengubah suasana dengan memaksa Aina pergi belanja barang dapur bersamanya.
“Aina tolong saya shopping barang dapur dah nak habis dah”, “ saya..?? tapi saya…Arasso” Aina cuba mengelak tapi dengan satu jelingan dia terus bersetuju. 
Semasa dalam perjalanan ke Shopping Mart , Aina kehairanan waiz berlagak seolah tiada apa-apa yang berlaku selepas kejadian di bumbung malam semalam. Aina cuba mengelak dari berjumpa dia sepanjang hari.
“ Awak… boleh saya tanya sesuatu”, Waiz mula bersuara selepas hampir 10 minit mereka berjalan.
“ Hmm boleh.. ada apa …”, “ Adakah awak sebenarnya..” Aina merasakan yang waiz dah boleh menganggak apa yang berada difikirannya dan mula berjalan ke hadapan waiz dan bercakap secara bersemuka.
“ Awak sebenarnya biar saya berterus- terang saya sebenarnya main-main je waktu dibumbung saja nak memanaskan lagi keadaan nak biarkan JiSoo berpuas hati”, belum sempat Aina berkata waiz dulu memberi penjelasan yang panjang lebar, walau apa pun Aina gembira waiz buat keputusan macam tu sebab mereka masih lagi diperingkat untuk mengenali satu sama lain.


“ Awak betul ke apa yang awak cakapkan ni”, Aina menyoal semula apa yang dikatakan oleh waiz . “ Dan awak berapa umur awak ..awak 25 kan dan saya ni lagi tua dari awak panggil saya OPPA… arassooo” waiz cuba mengelakkan situasi yang kelihatan janggal 

“ Arasso ne.. Manager Oppa” Aina menjawab sambil menekankan perkataan Abang tersebut dengan nada yang comel dan waiz seakan malu malu dan berjalan ke hadapan tanpa menoleh dan Aina mula mengejar. 
“ Oppa ..wait for me” Aina mula mengejar waiz dan mereka dah boleh bergurau senda dan mereka menjadi rapat semenjak itu.

“ Aina saya tahu awak ketakutan walau apa pun yang terjadi saya akan cuba untuk memikat hati awak perlahan-lahan dan saya tidak akan benarkan sesiapa pun melukakan hati awak” Waiz memandang Aina yang sedang gembira sambil otaknya memahatkan janji yang bakal mengikat perhubungan dia dan Aina.

-------    
Hakim inginkan Azalea kembali seperti dahulu dan cuba merapatkan dirinya semula pada dia tetapi Azalea seakan cuba menjauhkan dirinya dari Hakim.

“ Lea …abang nak ajak Lea pergi ke satu tempat jom temankan abang”, Hakim ingin buat kejutan untuk memberitahu berita gembira yang baru dia terima. “Abang can’t you see that I’m busy”, Azalea menengking Hakim. Hakim terkedu dengan tengkingan dari Azalea kerana dia semakin rimas dengan kelakuan Hakim seolah dia tidak memahami apa yang Azalea ingin lakukan

“ Maafkan saya abang , saya tak sengaja” Azalea mula tenang selepas menarik nafas dalam dan dia sendiri terkejut apa yang baru dia lakukan.

“ Abang nak kemana..jomlah saya ikut”, Azalea cuba untuk memujuk kekasih hatinya yang terdiam seketika bila ditengking oleh dirinya. Azalea hanya perlu tunjukan senyuman manja dan membuat muka comel sahaja telah berjaya memujuk rajuk hati Hakim. “ Jom abang nak bawa sayang pergi ke suatu tempat dan beritahu sesuatu”, Hakim sediakan suatu kejutan yang bakal Azalea tidak akan lupakan

--------------------------
Azalea sampai ke satu destinasi yang sangat indah dan matanya telah ditutup supaya menjadi suatu misteri. Hakim memegang tangan Azalea dan memimpin dia ke tempat kejutan dan bila sampai sahaja , Kain matanya dibuka dan dia terpesona dengan tempat tersebut , tepi pantai yang telah di hiasi lilin yang membentukkan bentuk cinta dan sebuah meja yang mempunyai makanan yang enak. 

Azalea merasa tenang sahaja. 
“ Sayang macam mana rasa tenang tak, abang memang sahaja bawa sayang ke sini untuk sayang berehat dari kerja”, Azalea tersenyum sampai ke telinga terasa tenang dijiwa dan terasa lapang minda seketika dapat lari dari segala hal di hotel.
“ Abang, sayang berterima kasih sangat”, Azalea rasa dihargai tangan Hakim digenggam.
“ Sayang abang nak bagitahu sesuatu”, Hakim cuba mencari peluang untuk menceritakan kejutan tersebut”
“Abang ..biar saya cakap dulu”, sebelum sempat Hakim berbicara Azalea terlebih dahulu memotong percakapannya. “Saya nak ke London seminggu”, “ Untuk apa”, Hakim terkejut dan tidak jadi menceritakan kejutan tersebut. “Untuk projek usaha sama cawangan Hotel kita disana dengan pelajar Malaysia disana and I’m looking forward for this project” Azalea gembira menceritakan tentang projek tersebut manakala fikiran Hakim telah jauh melayang melayan kekecewaan yang baru diterima.
-----------------------------
“Betul ke keputusan Akim ni” Datin Syarifah Hanum menyoalkan keputusan Hakim yang membuat keputusan untuk membawa diri ke Sabah untuk melakukan benda yang diminatinya iaitu melakukan aktiviti kebajikan dan menenangkan dirinya.
Hakim dapat perkhabaran mengikut Aktiviti kebajikan itu pada hari yang sama Azalea mendapatkan tender kerajaan, sepatutnya ia menjadi berita gembira bagi diri dia dan Azalea kerana itu ialah keputusan mereka untuk pergi bersama dan sedari dari hari Azalea membuat keputusan untuk ke London Hakim membuat keputusan untuk pergi bersendirian dan meminta Ibunya merahsiakan pemergian dia.

“ Mami ni yang terbaik Akim boleh berikan kepada Lea iaitu berikan kebebasan yang dia inginkan, biarlah kami berpisah seketika Maybe …this is the best for us right now!.” Hakim cuba memujuk Ibunya dari menghalang apa yang dia ingin lakukan.
“ Mami harap Akim tak buat keputusan yang salah dan mami dan daddy akan doakan Akim selamat pergi dan selamat kembali ke sini, Please take care yourself”, “Baik Mami, Akim akan pastikan bila berkesempatan akim akan hubungi mami… Please take care of Lea and Hotel while I’m gone and please rahsiakan dari semua orang kemana akim pergi ye even to nenek and specially Lea”, “ I will sayang..” Hakim memeluk ibunya dan mencium dahi ibunya sebelum berangkat.

Novel : Pewaris Bab3




“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 3 – Saranghae..? Cepatnya..

“Ibu perlu ke kita teruskan perkara ni macam dah semakin merumitkan”, terdapat keresahan terlahir dari kata-kata Puan Marlia Ibu kepada Aina Fathiyyah.

“Lia jangan masuk campur biarkan ini keputusan yang dia sendiri pilih, ibu tak pernah paksa pun” Puan Mariam mula meninggikan suara kerana merasakan tindakan dia dipertikaikan. 

Kehadiran Azalea telah menyebabkan suasana bilik pejabat Puan Mariam menjadi sunyi sepi , Puan Marlia mengundurkan diri untuk tidak mengganggu urusan dua beranak tersebut. “Ada apa Zall”, “Hmm zall tidak menganggu urusan nenek dengan ibu kan”,Puan Mariam hanya mendiamkan diri .“hmm macam ni Zall ada idea bagaimana kita boleh selamatkan Hotel kita tanpa perlukan Kontrak dari Syarikat Perdana Enterprise”.
“ Nenek setuju dengan cadangan kamu, proceed dan nenek luluskan. Kalau ini berjaya nenek akan pastikan kamu kekal dalam pengurusan hotel ini”, terus Puan Mariam berlalu pergi dengan hati yang senang. Azalea tampak runsing setelah mengingatkan kembali apa yang dikatakan nenek, 

“Ehm, tak pe Zall you do your best and after tia came back you will go from here just forget what nenek said”, pujuk hati Azalea.

“Apa yang awak cakap sensorang ni, macam mana keputusan nenek”, Kemunculan 
Hakim Faiz telah mematikan lamunan Azalea yang sedari tadi cuba memujuk hatinya untuk melakukan semua ini, 

sementara Hakim Faiz bertanya Azalea sempat berfikir , “Setelah kepulangan Aina Aku harus meninggalkan abang Akim walaupun dia ialah lelaki yang amat aku cintai apa terjadi walaupun tia berjaya atau tidak”, Hati Azalea sedih dan Pilu tetapi bibirnya mengukirkan senyuman untuk Hakim Faiz supaya ia hanya menjadi rahsia hatinya.

--------------

“Aina shii you want I bring you a tour…at here”, terpinga seketika Aina apabila Ji Soo masuk saat dia sedang sibuk mengemas setelah mengambil seluruh barang dari rumah sewanya. “ Ye, why not Ji Soo Shii”, Aina gembira tatkala mendapat ajakan dari Ji Soo

Ji Soo membawa Aina pusing seluruh Guesthouse dan menerangkan tugas yang harus Aina lakukan, Aina terpegun dan kagum dengan Guesthouse tersebut dimana ia sangat Muslim Friendly.Ada barangan dapur yang khas untuk kegunaan Muslim,  Bilik Sembahyang bahkan setiap bilik ada menunjukkan arah kiblat. Ji Soo memperkenalkan Aina pada 4 orang lagi pekerja disitu Andy dan Misty mengambil alih tugas mengemas setiap bilik, Allen pula memastikan kebersihan setiap tempat terjaga dan mencapai standard yang ditetapkan, Ji soo dan Hye na pula sebagai penyambut tetamu dan mereka semua berkebolehan dan juga ‘efficient’ dalam setiap tugas mereka.

“Oh let me tell you there Mike and he only work at night so when he came I will introduce you to him”, Aina telah menjadi pendengar yang setia sepanjang Ji Soo menerangkan semua itu dan dia sangat tertarik dengan Guesthouse dan pengurusannya.

Sudah seminggu Aina memulakan kerjanya di Guesthouse tersebut dan tidak pernah dia merasakan segembira ini melakukan kerja walaupun selama ini dia memegang jawatan yang penting di hotel keluarganya. “mungkin ini bezanya melakukan kerja tanpa paksa dengan kerja yang dipaksa” hati Aina terdetik tatkala dia memandang Waiz yang sedang leka bersembang dengan pelancong yang baru datang dari Indonesia.

Ji Soo yang menangkap renungan Aina menarik minatnya, “Aina Shi..yaa Aina shii ..nae saranghaneun chingu ya.. naneun sarang eppajyeoss eoyo”. Aina terkejut tatkala dikejutkan dengan goncangan lembut dibahu oleh Ji Soo , “ I am sorry , what are you saying”, Ji soo memohon maaf apabila Aina terpinga dengan apa yang dicakapkan seketika tadi .

 “Mianhae Chingu.. I am sorry I mean you are in love with Waiz am I right”, Aina terkejut tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Ji Soo dan kelam kabut mengambil air dan minum. “ Aina ..am I right you fall in love with waiz shii..” Aina tersemburkan air yang sedang diteguk olehnya

“Anyi…why are you saying that”, Aina mengelap mukanya yang terkena semburan air tadi dan berpura- pura sibuk dan Ji Soo hanya memberi jelingan tajam dari belakang dan tersenyum kerana sudah menangkap makna reaksi yang ditunjuk oleh Aina bila dia mengatakan tidak .

 Ji Soo berlalu pergi dengan senyuman sampai ke telinga . Aina melepaskan rasa lega bila Ji Soo hanya pergi tanpa mengatakan apa-apa.

“Waiz there something I want to tell you”, Ji Soo sahaja meninggikan sedikit suara supaya Aina dengar dan Kelam kelibut Aina berlari apabila dapat tahu yang Ji Soo hendak ceritakan pada waiz dan menekup mulut Ji Soo bila dia mula bercakap.

“Ji Soo shii… Gumawo Chingu ya” Secara tiba-tiba waiz mengucapkan terima kasih dan menarik tangan Aina dan bawa dia ke atas bumbung dan memandang Aina dengan renungan yang sama semasa Aina mula jumpa dan jatuh cinta.

“Aina.. Saya sukakan awak dan saya nak awak jadi kekasih saya.. Saranghae” ucap Waiz sambil melutut dihadapan Aina. Aina terkejut dan menekup mulutnya kerana terkejut dengan ungkapan cinta yang baginya terlalu cepat untuk diungkapkan keluar dari mulut Waiz.

 “ Awak kenapa..awak bangunlah jangan buat macam ni” sambil memegang bahu waiz dan memaksa waiz bangun. Apabila Waiz bangun dia terus  memegang tangan Aina,
 “ Saya tak pasti samada apa yang saya rasakan ini adalah cinta atau tarikan semata mata dan saya juga tidak pasti samada rasa ini akan berkekalan tetapi buat masa ni apa yang saya tahu hati saya berdebar tatkala saya memandang  awak” tanpa kata apa-apa bibir waiz dan Aina semakin hampir bertaut dan sesaat itu juga satu penampar hinggap dimuka Waiz.

Novel : Pewaris Bab2


Credit : Google

Jom kita layan Bab ke 2 Haha  Maaf lambat sikit tak de idea nak menulis ni haha


“PEWARIS”
-FASHAM -

Bab 2 – Adakah ini takdir?

“Mak cik asal ko termenung lagi”, “ hmm tak ada apa imah Cuma terfikir kalaulah saya dapat buka café macam ni kan best”, “ Ha jangan nak berangan lah duduk kat seoul ni perlukan banyak duit lagi- lagi kita bukan rakyat sini bukan senang nak buka kedai lagipun saya nak balik Malaysia dah 2 minggu lagi” suasana menjadi sunyi sepi selepas azimah menyatakan hasrat dia. Kedai yang ditenung semenjak tadi dialihkan ke Azimah.
“Awak nak balik Malaysia , habis saya macam mana,study awak macam mana, kerja awak macam mana”, kelam kabut Aina saat mendengar kata kata Azimah.
“Relaks lah awak,saya balik seminggu je ada hal kat kampung, lagipun nanti saya datang balik untuk convocation saya lepas itu baru saya balik for good”, “Awak dah habis study ke, kenapa saya tak tahu..hmm walau apa pun saya ucapkan tahniah dan saya terima kasih sangat kat awak kalau tak sebab awak yang tolong saya dulu macam manalah saya sekarang”, Aina bernada kecewa walau apa pun Azimah lah tempat dia mengadu tempat dia berteduh dan sebagainya. Azimah menerangkan kedudukan sebenar yang dia sudah mendapatkan pekerjaan di Malaysia dan lagipun dia telah tamatkan pengajian dia 2 bulan yang lepas Cuma menantikan kerja sahaja baru dia pulang.
----------
2 minggu telah berlalu Azimah sudah kembali ke Malaysia selepas Majlis konvokesyen dia. Kini tinggal Aina Fathiyyah beseorangan di rumah sewa itu dan dia telah diberhentikan kerja kerana selalu terlewat. “Ya Allah masih ada 4 bulan lagi macam mana nak survive ni”, bentak hati Aina, lalu dia membuat keputusan untuk mencari pekerjaan yang lain, Semasa berjalan di Hongdae Aina ternampak risalah untuk jawatan kosong di GuestHouse yang bernama Rainbow GuestHouse “hmm boleh lah cuba nasib”, gumam Aina. “Annyeonghaseyo , is that the position still available”, penat Aina memikirkan ayat dalam bahasa korea yang sesuai kerana bahasa korea ada banyak terma yang perlu diperhatikan semasa bercakap jadi dia mengambil keputusan untuk berbahasa Inggeris sahaja. “Ye, wait I will call my manager”, “ Ye, Kamsahamida”.
Selepas seketika Aina dipanggil masuk ke bilik Pengurus GuestHouse tersebut . “Annyeonghaseyo, nae ileum-eun aina Fathiyyah ibnida”, Aina Fathiyyah mengenalkan diri dalam bahasa Korea. “ Yes , you may sit down”, Alangkah terkejutnya Aina yang lelaki dihadapannya adalah lelaki yang sama dia pernah terjumpa beberapa minggu yang lalu , dia memperkenalkan dirinya Waiz Akmal, Ye.. dialah lelaki yang berjaya membuat hati Aina cair dengan tenungan sahaja.
“Eh…awak, apa yang awak buat disini” , terpinga pinga dia dibuatnya. “ Saya kerja disinilah” setelah sesi kejut mengejut dilakukan dia memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus di GuestHouse tersebut  “ Hai , nama saya waiz”.
Aina menjadi cemerkap secara tiba tiba disebabkan apa yang baru berlaku, semasa sesi temuduga dilakukan pun Aina agak gementar untuk menjawab, manakala waiz hanya menanyakan soalan sambil sekali sekala mencuri pandang kearah Aina kerana dia rasakan gadis dihadapannya ini seorang yang mempunyai personaliti menarik.
Dah kenapalah mamat ni dari tadi asyik tanya soalan pelik pelik je ni bila nak habis ni okey fine kau memang kacak Okay fine,
Oh my I’m so melting.
Waiz membuat keputusan untuk menerima Aina, dia bangun dan hulurkan tangan    
“ Welcome Aboard”, Aina terpinga pinga dan dia mula faham yang dia dah dapat job tu dan menyambut salam Waiz dengan meloncat loncat 
“ Are you really…thank you so much..Kamsahamidaa..”
Aina gembira sangat sampai hampir nak peluk waiz .
hai kalau kau perempuan lama dah aku peluk , desis hati Aina
Waiz nampak Aina terlalu gembira dan bertanya"Are you really that happy" 
Aina mengangguk sambil tersenyum
"By the way Aina..saya panggil awak aina ye ". teragak agak dia bertanya .
--------
“Puan Mariam, bukan kami tak nak teruskan Cuma kami mahukan cucu puan yang uruskan kami dah deal dengan dia”. Pengurus dari syarikat Perdana Enterprise bersuara, kebimbangan Puan Mariam telah terjawab, setelah hampir 2 jam mereka berbahas akhirnya mereka telah capai kata sepakat . Puan Mariam akan ikut apa sahaja yang telah cucu dia setuju sewaktu perbincangan mereka melalui kontrak yang telah disediakan.
“Zall uruskan semua..”, “Baik Nenek”. Berat kaki Azalea melangkah pergi dari bilik Puan Mariam dia sedar ini semua kesilapan yang dia buat.
“Nek perlu ke kita setuju..entah ye entahkan tidak je Tia yang setuju semua tu sebabnya Tia never signed the agreement and Tia never mention about it to us, something fishy going on here Nek.” Puan Mariam hanya senyap dan terus berfikir.
--------
“ Aina kenalkan ini Ji soo dan dia akan jadi roommate awak and do not to worry she can speak English” , mereka bersalaman dan  “ Hai my name Aina fathiyyah you can call me ..” ,  “ Aina shii..can I call u Aina shii”, mereka berdua tergelak saat Ji soo memeluk Aina tanda persahabatan mereka mula terjalin dan Waiz hanya terpinga – pinga melihat tindak tanduk mereka berdua.

“ Aina this is our room and if you want to pray we had a room special for muslim to pray at our top roof and also laundry” , Aina hanya mengangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh Ji Soo. Mungkin sebab pengurus dia melayu kut sampai Guesthouse ni ada Bilik Solat, Fikir aina sambil tersengih bila memikirkan Waiz yang baru dikenalinya. 

Hakmilik : Blog Lollista - Fasham