Bibimbap


Salam Readers...


Hmm hari ini bosan betul...
+ perut yang tengah lapar sangat ni...

Haha akibat semalam lah ni terbuka laman web ni
namanya MY ILGI ...

on that blog dia bagi resepi untuk buat bibimbap versi melayu..
ok for those yang tak tahu apa itu bibimbap ..
bibimbap ialah Mixed Rice..
kalau bagi peminat setia drama korea mesti tahukan..
selalu tengok dalam full house atau drama lain...
dimana mereka akan gaulkan nasi putih ngan lauk mereka macam nasi goreng...

Kredit for Resepi : MY ILGI

hehe ha mesti ada punya lah kan...

Resepi Gochujang/Red pepper paste :

 1 tbs tauchu 
2 ts serbuk cili ( kepedasan ikut selera anda)
1 ts gula

 Resepi Bibimbap/Mixed Rice: - untuk bibimbap saya ubah sikit sebab malas nak cari bahan hehe
2tbs Gochujang
1/2 ts Gula
1/2 cup nasi putih
1/4 Kobis cina - ubah suai ikut apa yang ada dalam peti ais hehe 
1/4 kuchai - ubah suai ikut apa yang ada dalam peti ais hehe 
Ayam - seketul yang dicarik hehe sebab takda daging ubah lagi
1 biji telur yang telah didadarkan dan dipotong memanjang

 Method untuk Gochujang:
1. Lumatkan tauchu dan tapis untuk mendapatkan tekstur yang halus.
2. Masukkan serbuk cili dan gula.
3. Gaul sehingga sebati. Kalau masin sangat tambah gula.
4. Tambah air sedikit untuk dapatkan rupa macam sos.

 Method untuk Bibimbap:
1. Masak telur atas kuali leper dah masak potong memanjang..
2.Potong Kobis cina dan kuchai dan rebuskan - note saya rebuskan sebab ia lebih selesa dengan tekak saya
3.susunkan atas nasi yang telah diletakkan dalam mangkuk kecil
4.Letak sos gochujang yang telah disiapkan
5.Gaulkan kesemuanya.
6.Siap dan makan..Hehe

Yang telah siap digaulkan hehe siap untuk makan..

Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^