Novel : Pewaris Bab7



Credit : Google.com



“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 7 – kenapa dia begini ?

Dah dua hari Azalea berada di Camp tersebut tetapi tidak pernah dapat peluang hendak berbicara empat mata dengan Hakim.

Azalea membuat keputusan untuk mecari Hakim dan berbincang supaya dapat menyelesaikan masalah yang melanda.

Tetapi,
tetapi Azalea terserempak Hakim sedang duduk berduan dengan Sarah.
“Wah hebatnye, Mabul ke abang. Saya pun teringin nak diving kat Mabul, it was a beautiful place to diving.” Sarah menunjukkan kekaguman dia kepada Hakim.

Hakim dapat merasakan ada mata yang sedang memandang dia dari jauh.
“Haar, memang cantik. Mabul tempat idaman abang dan kekasih hati abang!”,
“Abang dah ada kekasih?”. Kekecewaan mula ternampak di muka Sarah
“Dulu, itu dulu sekarang tak dah!” Hakim bernada perlahan,Sarah senyum.
Azalea yang mendengar dari jauh mula merasa sebak dan kecewa. 

Sarah ternampak Azalea.
“Kakak, marilah sini kita boleh berkenalan”, Sarah ternampak Azalea dan memanggilnya tetapi Azalea cuba melarikan diri tetapi gagal selepas ditarik Sarah ke unggun api tersebut.

Azalea cuba menggagahkan diri untuk bersua muka dengan Hakim. Hakim merasa kurang selesa dan bangun.
“Sarah, abang ada kerja dekat based camp, abang pergi dulu”.
“oh… okay bye” Sarah mengucapkan selamat tinggal.
 Azalea memandang Hakim pergi.Hati dia rasa sayu.
 Azalea dah tetapkan pendirian dia. 
Apapun terjadi sebelum seminggu berakhir dia akan cuba menawan hati Hakim semula.

***

“Aina kamu nak kemana?”,
 Ji Soo menangkap Aina yang sedang perlahan – lahan keluar dari Guesthouse.

“Ehmm.Sa.. ya. Saya nak keluar kejap”. Aina gagap bila menjawab pertanyaan Ji Soo.
“ Kamu nak kemana, kenapa semenjak dari hari tu lagi saya perasan kamu kerap hilang” Ji Soo mula mempersoalkan kehilangan Aina.

Ye semenjak perkenalan dengan Fayyadh Iman, Aina menjadi kerap ke Dongdaemun. 
Dia menjadi selesa bersembang dengan Fayyadh Iman mengikut  dia berjalan sekitar Seoul, malah Namsan tower tempat Mangga Cinta yang dia elakkan semasa diajak Waiz pun dia pergi. Semuanya sebab Fayyadh Iman yang ajak.

“Sebenarnya saya berkenalan dengan student Malaysia dan saya mengikut mereka berjalan”, Aina cuba menerangkan keadaan sebenar tetapi masih berselindung perkara sebenar.

“ Daebak.. jeongmallo.. baguslah begitu”. Ji Soo gembira mendengar yang Aina berkenalan dengan orang senegaranya. Di fikirannya mungkin Aina rindukan kampung halaman jadi dia gembira mereka dapat berjumpa.

“tak apalah kamu pergi saya cover untuk kamu, tapi pastikan kamu balik sebelum pukul 6 sebab mereka akan balik” Ji Soo memberi kebenaran tetapi menegaskan waktu yang harus Aina tepati untuk pulang. 

Aina tersenyum
“Jeongmallo Kamsahamida, Saranghae Ji Soo Shi” Aina kegembiraan telah memeluk dan mencium pipi Ji Soo sebelum pergi.

***

“Kenapa awak lambat sangat.”, Fayyadh Iman mula bertanya.
“Ala sorry Iman saya terlambat sebab saya kena lepas Polis trafik tadi. Jom”. Aina bercakap dalam nada bergurau dan mengajak Iman naik Cable Car untuk ke Namsan tower.

Mereka berdua kagum dengan keindahan pemandangan dari Cable Car tersebut.
“Wah, awak nampak tak tu Love padlock tu jom buat” Aina menjadi teruja. Perkara yang dielak semasa dengan Waiz dilakukan bersama Iman. 

Agaknya Waiz akan terasa hati tak? Ah lantaklah, desis hati Aina,
Mereka berdua berseronok, bergambar bermesraan di I-phone Iman, Almaklum kameranya cantik. 
Memasang Mangga cinta, minum kopi sambil berbual sampai Aina tidak sedar masa berlalu. Begitulah Aina seringkali lupa akan waktu setiap kali berbual dengan Iman. 

Apa yang disembangkan dia sendiri tidak pasti ada sahaja topik untuk mereka meneruskan perbualan.
Mereka berbual sehingga sampai didepan Guesthouse. Iman mengucapkan selamat tinggal. Dia nak balik Malaysia esok. Aina sedih, tetapi dia gembira dan membuat keputusan untuk menghantar Iman di Airport esoknya.

Aina masuk ke Guesthouse dengan perasaan berbunga, tanpa menyedari Api kemarahan sedang menyala di dalam Guesthouse.

“Aina kemana kamu pergi saya kan dah suruh kamu pulang sebelum mereka balik”, Ji Soo bercakap dalam nada keresahan.Semua memandang Aina.

“Aina Fathiyyah please come to my office”, Waiz bersuara.
“Aina awak kemana, mana tanggungjawab yang saya serahkan pada awak sebelum saya pergi” Waiz mula menyoalkan kewibawaan Aina.

 Dia mula geram lebih lagi bila dia perhatikan CCTV Cuma Ji Soo yang melakukan kerja dan dia sering hilang.

“Saya. Saya. Saya ke..” Aina ketakutan kali pertama dia nampak Waiz dalam kemarahan macam tu
“ kemana?”, Sebelum sempat Aina menghabiskan Ayat,  Waiz menjadi marah dan menghempaskan tangan ke meja dan menjerit.

Aina tidak salahkan Waiz dirinya sendiri yang melanggar janjinya sendiri.

Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^