Novel : Pewaris Bab10


Credit : Google.com
“PEWARIS”
-FASHAM -
Bab 10 – Suka dalam Duka

“Thank you so much Madam Lee, I am appreciate so much”.
“Its ok Waiz, I am the one supposed to be greatful that you are here to save my precious motel. Lagipun kamu kan asyik ganggu saya hari-hari untuk paksa saya jual motel ini pada kamu bukan” Madam Lee menanda tangani surat pertukaran Hak milik Motelnya kepada Waiz Akmal.
“Aiz, tahniah dan sila ambil saya bekerja disini okay.”.Kamilia Akmal atau lebih mesra dengan panggilan Alia menuntut janji yang dijanjikan oleh Waiz didalam usahanya memujuk Madam Lee untuk membeli Motel tersebut.
“Hai tak kan lah Kakak Aiz yang ada Master ni nak kerja dengan Aiz”, Waiz cuba mendapatkan kepastian dari Kakaknya. 
“ Aiz. Kakak ni ikut Aiz dari Seoul bukanya percuma okeyh haruslah berbayar. So bayarannya kerja ni lah” Alia cuba meyakinkan Adiknya yang dia memang perlukan kerja tersebut. Ialah apa guna ada Master dalam bidang perniagaan tapi tidak digunakan untuk membantu perniagaan keluarga sendiri.
“Okey. Tapi jawatannya ialah”. “ Ha jawatannya?” Alia membuat muka comel ala-ala Gwiyomi untuk mendengar jawapan dari Adiknya.
“ Jawatannya. Ialah Kuli” Kelam kelibut Waiz lari dari situ. Alia yang kebingungan mula menyedari dipermainkan oleh adiknya.
“ Kuang Hasam punya adik” habis seluruh taman permainan tersebut dikejarnya Waiz.
“Relaxlah sayang Aiz gurau je” Waiz berhenti berlari dan memeluk kakaknya. Alia tersenyum melihat Adiknya gembira dah lama dia tidak bergurau senda semenjak hatinya kecewa dengan Aina.

****
“ Terima kasih Encik saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh”.
 Aina mengucap terima kasih dengan menunduk hormat 90 Darjah sampai Pengurus Syarikat tersebut kehairanan. Itulah tabiat yang susah untuk Aina tinggalkan semenjak hampir 5 bulan dia tinggal di Korea. Sebab dia merasakan itu adalah cara yang bagus untuk mengucapkan terima kasih selain dari bersalaman.
Akhirnya dia dapat kerja di Wishlist Design and Corporation, sebuah Syarikat hiasan dalaman yang sedang meningkat nama dalam bidang hiasan. Sudah lama dia meminati bidang tersebut hanya sekarang dia dapat menunaikan Impiannya atas hasil dorongan Waiz sebelum ini.
“Macam mana. Awak dapat tak Job tu?” Iman kelihatan begitu setia menanti jawapan dari Aina. Iman menanti Aina di kedai makan berdekatan dari mula temuduga sehingga selesai, setia menunggu.
“ Haruslah. Tengoklah sapa. Ni Aina Fathiyyah lah” Aina agak memuji dirinya hari ini. Iman tersenyum lebar melihat Aina gembira dan sudah boleh bergurau senda.
Azimah yang datang dari belakang terpinga-pinga melihat Aina ketawa dengan gembira. “Wah gembiranya apa yang dah berlaku tadi awak dapat tak job tu”. Aina hanya bersilang kaki sambil tersenyum dengan tidak perlukan penjelasan lagi Azimah sudah memahami maksud Aina.
“Jom saya belanja awak makan bagi meraikan awak dapat kerja” Azimah mencadangkan tempat makan yang sedap.
****
“Aiz setiap bilik dah siap dah cat dan for sure you don’t want to use wallpaper sebab akak rasa dinding ni akan kosong”, “ tak apa sayang . nanti Aiz settlekan Aiz ada idea untuk setiap bilik.” Waiz hendak menggunakan Idea yang dia ingat semasa bersembang dengan Aina di tepi pantai semasa mereka ke Masan dulu.
“Aiz nak ke KL ye kak esok nak pergi settlekan hal perabot.” Alia hanya mengangguk tanda memahami. Kerana Waiz memang berniat untuk menghias sendiri setiap bilik, supaya setiap bilik mempunyai kelainan dan ciri tersendiri
Satu Alunan lagu yang agak jarang atau tak mungkin didengari dari Malaysia berbunyi lagu Arirang mengalunkan lagunya. Masing masing terpinga.
“Akak handphone akak ke?”, “ Eh tak lah walaupun akak membesar di Korea tapi taklah sampai begitu”. Waiz terkejut apabila melihat handphonenya yang mengeluarkan lagu tersebut, Alia tersenyum sinis tanda puas dapat mengenakan adiknya. Waiz yang masih lagi macam tidak mempercayai yang handphonenye mendendangkan lagu Arirang agak terkejut melihat pemanggilnya adalah Ibu Saudaranya.
Setelah menjawab panggilan tersebut, Waiz kelihatan agak terganggu. Hatinya berbelah bagi samada haruskah dia pulang ke Korea.Akhirnya dia telah membuat keputusan untuk kembali ke Korea.

**** 
Hujan diluar membuatkan Kopi yang dihirup oleh Azalea terasa segar.Azalea kelihatan lebih sihat berbanding dari hari pertama dia keluar hospital.
“Sayang..”, “Eh abang. bila sampai hujan kan luar” Azalea terpinga-pinga melihat Hakim yang basah dek hujan diluar membuat kekasih hatinya itu kelihatan agak tampan waktu tersebut walaupun dengan rambut yang agak basah.
“Demi kekasih hati Abang, haruslah ditempuhkan walau ribut badai melanda” Azalea mengukir senyuman disaat mendengar alasan Hakim yang kembali menjadi romantik semula selepas kejadian hari itu.
“Abang dapat apa-apa berita tak pasal Tia” Azalea membuka cerita tentang Aina. 
---
“Hakim. Nenek berharap sangat kamu rahsiakan yang kita dah jumpa Tia. Nenek beritahu ni supaya kamu dapat haling Lea dari mencari Aina”. Datuk Mariam bernada sayu seakan sedang merayu terhadap Hakim. 
“Tapi nenek. Lea pasti akan marah kalau dia tahu kita rahsiakan”, Hakim seakan kerisauan dia sudah merasa cukup terseksa dengan kes Azalea cedera disebabkan dia dan tidak mahu menipu pula menjadi penyebab mereka bergaduh.
“It’s ok . Itu biar nenek yang tanggung nanti”.
---
“Abang. Abang. Kan sayang Tanya pasal Tia” Azalea semakin pelik melihat Hakim yang jauh termenung sejak beberapa hari ini.
“Hmm sayang. Abang lapar lah. Sayang dah order tak untuk abang”, Hakim cuba mengalihkan perhatian. “Oh, sudah sayang suruh mereka tunggu abang sampai baru hidangkan”, “Waiter” Hakim memanggil dan meminta makanan mereka dihidangkan. Azalea memandang muka Hakim dengan penuh persoalan, hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang Hakim cuba sembunyikan tapi kepercayaan mengatasi lalu di positifkan akal fikirannya.

Previous
Next Post »
0 Komentar

Selamat Datang dan Selamat Mengomen..^_^